|
KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH – siri 4 |
Friday, December 18, 2009 |
OLEH : Ustaz Borhan Noordin Bin Zakaria
HUKUM MENGKAFANKAN JENAZAH Mengkafankan jenazah adalah fardu kifayah.Kafan memadai sekurang-kurangnya dengan satu lapisan sahaja yang menutupi seluruh badan si mati.Sebaik-baiknya ialah tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan.Boleh mengkapankan jenazah dengan mana-mana kain tetapi sebaik-baiknya kain berwarna putih. عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى عليه وسلم : البسوا من ثيابكم البياض فانها من خير ثيابكم وكفنوا فيها موتاكم "Pakailah kain putih kerana ianya dari sebaik-baik kain kamu dan kafankanlah orang-orang mati di kalangan kamu dengannya.” Hendaklah mengkafankan jenazah dengan sebaik-baiknya: Sabda Nabi S.A.W: اذا كفن احدكم اخاه فليحسن كفنه "Apabila seseorang dari kamu mengkafankan saudaranya maka perelokkanlah kafannya." Segala pengurusan untuk pengkafanan hendaklah diambil dari harta si mati dan hendaklah didahulukan kapan dari menjelaskan hutang. Tidak diharuskan mengkafankan jenazah melainkan dengan menggunakan pakaian yang sesuai taraf kehidupannya dahulu. Kain sutera tidak boleh digunakan untuk mengkafankan jenazah lelaki kecuali tidak ada kain lain melainkan sutera sahaja. Begitu juga makruh menggunakan kain berwarna kuning. Sebaik-baiknya gunakanlah kain yang bersih dan suci. Jika kain tidak didapati ketika pengkafanan, maka kulit, rumput, inai dan tanah boleh digunakan sebagai ganti kepada kain. Makruh jika berlebihan dalam mengkafankan jenazah. Makruh juga bagi orang yang menyediakan kain kapan untuk dirinya sendiri melainkan ianya warisan dari para solihin, maka harus hukumnya. Menggunakan kain kapan selain yang berwarna putih adalah makruh. Manakala menulis sebarang ayat al-Quran atau nama Allah di atas kain kapan adalah haram. CARA-CARA MENGKAFANKAN JENAZAH Bentangkan kain kapan dan taburkan kapur barus di atasnya. Kemudian bentangkan kain kapan yang kedua dan taburkan juga kapur barus di atasnya. Selepas itu bentangkan lapisan ketiga dan letakkan mayat perlahan-lahan secara terlentang serta letakkan tangan kanan si mati atas tangan kirinya seperti dalam keadaan bersembahyang. Kemudian gunting kapas kecil-kecil untuk diletakkan di setiap sendi dan anggota sujud. Ambil sekeping kapas dan masukkan kapur barus ke dalamnya dan letakkan pada kemaluan si mati tetapi jangan sampai masuk ke dalamnya. Perlu diingat bahawa orang yang meninggal dunia dalam keadaan berihram tidak boleh diletakkan sebarang bauan ketika mengkafankan jenazahnya. Selain itu,haram menutup muka perempuan dan lelaki yang mati keadaan berihram.
SEMBAHYANG JENAZAH Sembahyang jenazah hukumnya fardu kifayah. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun pada waktu yang dimakruhkan. Ia boleh dilakukan bersendirian tetapi disunatkan berjemaah. SYARAT-SYARAT JENAZAH YANG DISEMBAHYANGKAN 1. Suci dari hadas. 2. Menutup aurat. 3. Jenazah muslim. 4. Jenazah bukan orang yang mati syahid. 5. Suci dari najis pada badan, kain dan tempat.
SEMBAHYANG JENAZAH Rukun solat jenazah adalah seperti berikut: 1. Niat. 2. Berdiri bagi orang yang berupaya. 3. Empat kali bertakbir termasuk takbiratul ihram. 4. Membaca fatihah – selepas takbiratul ihram. 5. Membaca Selawat Ibrahimiah ke atas Nabi selepas takbir yang kedua. 6. Berdoa untuk jenazah selepas takbir ketiga. 7. Memberi salam selepas takbir keempat.
Kaum perempuan boleh menjadi makmun kepada kaum lelaki di dalam solat jenazah. Jika sesama perempuan, disunatkan sembahyang berseorangan dan boleh juga berjemaah. Kanak-kanak kecil yang tidak sempat hidup semasa lahirnya tidak wajib disembahyangkan. Sabda Nabi S.A.W: الطفل لا يصلى عليه ولا يرث ولا يورث حتى يسهل "Kanak-kanak kecil tidak disembahyang ke atasnya, tidak mewarisi serta mewariskan harta melainkan ia bersuara (semasa keluar dari perut ibunya)." Orang yang syahid di medan peperangan tidak perlu disembahyangkan,tetapi syahid selain dalam medan peperangan hendaklah disembahyangkan. CARA-CARA MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH 1. Niat. Lafaz niatnya : أصلى على هذا/هذه الميت أربع تكبيرات مأموما لله تعالى 2. (Niat adalah berdasarkan jenazah,sama ada orang ianya lelaki atau perempuan, hadir atau ghaib) 3. Takbir pertama (membaca fatihah) 4. Takbir kedua (baca Selawat Ibrahimiyyah) 5. Takbir ketiga (berdoa untuk mayat). Antara doanya ialah: اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه،واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بلماء والثلج والبرد،ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس،وأبدله دارا جيرا من داره،وأهلا خيرا من أهله،وزوجا خيرا من زوجه،وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار 6. Takbir keempat. Disunatkan membaca: اللهم لا تحرمنا أجره ولا تفتنا بعده واغفرلنا وله ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف الرحيم 7. Memberi salam
Doa bagi kanak-kanak: اللهم اغفرلحينا وميتنا وصغيرنا وكبيرنا وذكرنا وأنثانا وشاهدنا وعائبنا. اللهم من أحييته منا فأحييته على الإسلام، ومن توفيته منا فتوفه على الإيمان. اللهم اجعله فرطا لأبويه وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا، وثقل به موازينهما وافرغ الصبر قلوبهما ولا تفتنهما بعده ولا تحرمنا أجره PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH • Mengangkat tangan ketika takbir. • Membaca secara sir (perlahan). • Sembahyang secara berjemaah.
IMAM SOLAT JENAZAH Orang-orang yang diutamakan untuk menjadi imam solat jenazah ialah: 1. Bapa (jika yang mati itu anak), datuk dan ke atas. 2. Anak lelaki, cucu dan ke bawah mengikut tertib orang-orang yang mendapat harta pusaka (rujuk ilmu Faraid). 3. Jika mereka didapati sama pada kedudukan, maka didahulukan orang yang lebih tua.
Kursus ini diadakan pada 25 Julai 2009 m / 3 Sya’ban 1430 h. Hari sabtu Jam 9.30 pagi bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Di bawah anjuran bersama Biro Kebajikan (PPMS), Lajnah Kebajikan Dan Ekonomi Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) dan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASS) SESI 2009.Labels: Kursus Pengurusan Jenazah |
posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:45 PM
|
|
|
|
PENGENALAN |
Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
Lokasi: Damascus, Syria
Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
See my complete profile
|
Terbitan |
|
Arkib |
|
BERITA |
|
Powered by |
-::NOURAN CREATIVE::- |
|
Daftar Pelawat |
|
Hit Counter
|
|