Damascus 20 Ogos – Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) kini sedang berusaha menjadikan syahadah lepasan Maahad di Syria dapat diterima di Kolej Universiti Insaniah, Kedah sebagai pengajian lanjutan, jelas YDP KKDS Ustaz Zahir Abdul Halim dalam pertemuan bersama beliau bersama wartawan blog KKDS semalam di Medan, Jazmatiyah. "kami lani tengah berusaha mengumpul maklumat seperti syahadah dan muqarrar dari setiap pelajar yang dah tamat Maahad di Syria untuk kami serahkan kepada Pak Ya (Zakarian Bin Othman - urusetia Kebajikan Anak Kedah Mesir) untuk (dibawa) ke majlis senat INSANIAH supaya mereka mudah pertimbangkan perkara ini" jelas beliau. Tambah beliau lagi perkara ini juga mendapat sokongan dan sambutan baik dari rombongan kerajaan negeri Kedah ketika mereka membuat lawatan kerja ke Syira dan Jordan pada 17 Jun 2009 lalu.. Justeru itu, KKDS memohon kerja sama semua ahli dalam merialisasikan perkara ini seperti membantu KKDS dalam mengumpul maklumat dari setiap maahad disini, kata beliau lagi. |
assalamualaikum ustaz,semoga berjaya usaha ini.