-::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::-
AHLAN WASAHLAN
Pimpinan Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman blog KKDS. Pihak KKDS mengalu-alukan cadangan dan idea yang bernas dari semua pihak agar Keluarga Anak Kedah Syria terus maju untuk menjaga kebajikan penuntut-penuntut Kedah di Bumi Syria..
LINK BLOG KKDS
Photobucket Photobucket
WAKTU SYRIA
DIREKTORI PERHUBUNGAN KKDS

Mohamad Zahir Bin Abdul Halim
(YDP KKDS)+963-932-897758

Muhamad Bilal Bin Mohd Zain
(Timb. YDP)+963-947-818867

Masyitah Binti Mohd Zainon
(Ketua HELWI)+963-949-829580

Mohammad Faiz Bin Mohammad Ali
(Setiausaha Agung)+963-966-550814

Siti Zainab Binti Md Amin
(Setiausaha HELWI)+963-967-348638
TARIKH HIJRIAH
INFO JELAPANG PADI
Makluman!
Salam KKDS pada semua pengunjung
KKDS MESSENGER
WEB NEGERI KEDAH
  • Kerajaan Negeri Kedah
  • kedahlanie
  • YB NEGERI KEDAH
  • YB Tanjung Dawai
  • YB Bandar Baharu
  • YB Pantai Merdeka
  • YB Kubang Rotan
  • YB Bukit Lada
  • YB Pengkalan Kundor
  • PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA
  • MSAJ (Jepun)
  • PPP (Yaman)
  • PPP (Sudan)
  • PPP (Cork, Ireland)
  • PPMS (Syria)
  • PPP (Mesir)
  • WEB LINK
    Syeikh Yusuf Al- Qardawi
    Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
    Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
    Harun Yahya
    Syeikh Habib Omar b. Muhammad
    Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
    Syeikh Habib Al Jifri
    Syeikh Faisal Mauluwi
    Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
    Syeikh Muaz Khatib
    Syeikh Faisal Mauluwi
    Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
    SaifulIslam
    Suasana di Malaysia
    Media Muslim
    Portal Ukhuwah
    Portal Muslimah
    Persatuan Pengguna Islam Malaysia

    BADAN NEGERI DAN SEKOLAH
    KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI PMTIS (DERANG) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI IRHAMI (MUASSASAH) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI MPK JORDAN KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI BKASS (SELANGOR) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI BKPPS (PERAK) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI IPPS (PULAU PINANG) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI KPTS (TERENGGANU)
    TEAM BLOGGER
  • Abang Zul (Pahang)
  • Innallaha Ma'ana
  • Kembara Ilmu
  • Senandung malam
  • Tentang Kita
  • Tinta permata
  • albazrah
  • iffah-hidayah-rejab
  • imansabar
  • rampaisari
  • mrbab-uthmani
  • penyubiru
  • annyss
  • nazhatulshima
  • syauqah-el-wardah
  • alqasam
  • kembarasolo
  • dugongsenyum
  • Azizi Abdullah
  • mrbab-uthmani
  • TALKIN JENAZAH
    Thursday, March 18, 2010
    بسم الله الرحمن الرحيم
    سُبْحَانَ مَن تَعَزَّزَ بِالقُدْرَةِ وَالبَقَاءِ، وَقَهَرَ العِبَادَ بِالمَوْتِ وَالفَنَاءِ، لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً، وَأَنَّ سَعْيَكُمْ سَوْفَ يُرَى، كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ، لَهُ الحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ.
    كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ المَوْتِ، وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ القِيَامَةِ، فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ، وَمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الغُرُوْرِ.
    مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ، وَفِيْهَا نُعِيْدُكُمْ، وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى، وَمِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ لِلأَجْرِ وَالثَّوَابِ. وَفِيْهَا نُعِيْدُكُمْ لِلدُّوْدِ وَالتُّرَابِ، وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ لِلْعَرْضِ وَالحِسَابِ.
    Bismilah dengan nama Allah , dan demi Allah, dan daripada Allah, dan kepada Allah, dan di atas agama Rasulullah s.a.w.
    Inilah apa yang dijanjikan oleh Allah, benarlah dengan para-para utusannya (rasul dan nabi). Jika sekiranya hanya sekali tiupan (sangkakala) maka mereka di sisi kami berhimpun.
    Allah merahmati kamu, telah pergi darimu dunia dan hiasannya, kamu sekarang berada di alam barzakh dari barzakh-barzakh akhirat. Jangan kamu lupa janji yang kamu meninggalkan kami ke atasnya dunia,dan kamu (si mati) telah mendatangi alam akhirat iaitu syahadah (tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah).
    Apabila dua malaikat yang diwakilkan kepada kamu, dan orang-orang seperti kamu dari umat Nabi Muhammad s.a.w., janganlah keduanya membimbangkan kamu dan menakutkan kamu. Dan ketahuilah keduanya (malaikat munkar dan nakir). Ketahuilah kamu (si mati) kedua-duanya adalah makhluk daripada makhluk Allah sebagaimana kamu juga makhluk dari makhlukNya. Apabila keduanya mendatangi kamu dan menyoal kamu serta berkata kepada kamu, Siapa Tuhan kamu?, Siapa Nabi kamu?, Apa agama kamu?, Apa kiblat kamu?, Siapa imam kamu? Siapa saudara-saudara kamu?
    Katakanlah dengan lidah yang fasih dan aqidah yang sohih. Allah tuhanku, Muhammad Nabiku, islam agamaku, ka'bah kiblat ku, al-Quran imamku, dan orang-orang muslim dan mukmin saudara-saudaraku.
    Berpeganglah wahai hamba Allah dengan hujah-hujah ini. Ketahuilah sesungguhnya kamu menghuni alam barzakh ini hingga hari qiamat. Apabila dikatakan kepada kamu apa yang kamu katakan terhadap lelaki ini yang diutuskan kepada kamu dan seluruh makhluk? Maka katakanlah : Dia Muhammad, dia mendatangi kami dengan keterangan-keterangan dari tuhanNya. Maka kami mengikutinya dan beriman kepadanya, kami mempercayainya dengan risalahnya (al-Quran).
    Jika sekiranya kamu berpaling, katakanlah : hanya kepada Tuhan tiada Tuhan melainkannya, ke atasnya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan ''Arash'' yang Besar. Dan ketahuilah wahai hamba Allah, sesungguhnya kematian itu benar dan mendatangi kubur itu benar dan soal munkar nakir itu benar, sesungguhnya kebangkitan itu benar, hisab itu benar, jalan itu benar, syurga itu benar, dan hari qiamat itu pasti akan datang. Tiada keraguan kepadanya dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan sesiapa yang berada di dalam alam kubur.
    Dan kami tinggalkan kamu kepada Allah, " ya Allah wahai peneman kepada orang keseorangan, satukan kesatuan kami dan kesatuannya (si mati), rahmatilah orang-orang asing bagi kami dan orang-orang asing baginya (si mati), ajarilah ia hujah-hujahnya, janganlah kamu fitnah kami selepasnya, ampunilah kami dan dia (si mati), wahai tuhan sekian Alam. "

    Labels:

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:47 PM   0 comments
    KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH – siri 6
    Thursday, February 18, 2010
    OLEH : Ustaz Borhan Noordin Bin Zakaria

    HUKUM MENYEDIAKAN MAKANAN
    Sunat bagi jiran yang berhampiran menyediakan makanan kepada ahli si mati dan bukannya keluarga si mati yang menyediakannya. Iman Syafie menyatakan:
    وأحب لجران الميت أو ذي القرابة أن يعملوا لأهل المتوفى يوم يموت وليلته طعاما يشبعهم فإن ذالك سنة وذكر كريم وهو من لأهل الخير قبلنا.
    "Aku menyukai jiran atau kerabat yang menyediakan makanan untuk keluarga yang kematian ahlinya di siang hari dan menyediakan makanan yang menyenangkan mereka di sebelah malam.Sesungguhnya itu adalah sunnah dan bagi sambutan yang baik dan juga merupakan amalan oran-orang baik sebelum kami”
    Sabda Rasulullah S.A.W:
    إصنعوا لآل جعفر طعاما فانه قد جاءهم امر يشغلهم عنه
    Bermaksud:buatlah makanan untuk keluarga ja'afar sesungguhnya telah didatangi mereka suatu perkara yang menyibukkan mereka daripada menyediakan.
    Sekiranya makanan dan minuman yang dibuat itu melibatkan harta anak yatim dan tidak disetujui maka ke atas pekerjaan itu haram.

    KENDURI ARWAH
    Islam tidak melarang bahkan menggalakkan umatnya membuat kebaikan bagi mengadakan kenduri arwah ia dibolehkan dengan syarat:
    1. Hutang si mati telah dijelaskan
    2. Harta waris telah dibahagikan dan diselesaikan.
    3. Tidak beriktikad bahawa hari yang ketiga, lima, tujuh dan seterusnya disunatkan.
    4. Tidak menetapkan waktu akan jadi bid’ah.

    HUKUM MENANGIS APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN
    Menangis apabila berlaku sesuatu kematian adalah harus tetapi haram meraung atau meratap. Harus menangis kerana Rasulullah S.A.W pernah menangis kerana kematian anaknya Ibrahim. Apabila ditanya:"Wahai Rasullullah! Kenapakah engkau menangis? Bukan kamu menegah kami dari menangis?" Rasullullah s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi aku menegah dari meratap-ratap".

    PENUTUP
    Akhirnya kami mendoakan agar risalah kecil ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada kita ketika kita berhadapan dengan jasad yang tidak bernyawa.Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan dan kelalaian kami.

    SEKIAN, WALLAHU'ALAM

    Kursus ini diadakan pada 25 Julai 2009 m / 3 Sya’ban 1430 h. Hari sabtu Jam 9.30 pagi bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Di bawah anjuran bersama Biro Kebajikan (PPMS), Lajnah Kebajikan Dan Ekonomi Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) dan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASS) SESI 2009.

    Labels:

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:45 PM   0 comments
    KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH – siri 5
    Monday, January 18, 2010
    OLEH : Ustaz Borhan Noordin Bin Zakaria

    MENGEBUMIKAN JENAZAH
    KELEBIHAN MENGEBUKAN JENAZAH
    Sabda Nabi S.A.W:
    من شهد الجنازة حتى يصلى عليها فله قراط ومن شهدها حتى يدفن فله قراطان قيل وما القراطان؟ قال: مثل الجبلين العظيمين.
    "Barangsiapa yang menyaksikan jenazah serta turut menyembahyangkan, maka baginya pahala satu qirat. Dan barangsiapa yang menyembahyangkannya serta turut mengebumikannya, maka baginya pahala dua qirat. Dikatakan pada Nabi apakah qirat itu?Jawab Baginda:Qirat itu pahala yang menyamai dua bukit yang besar.”
    Membawa jenazah hanyalah dikhususkan untuk kaum lelaki samada jenazah tersebut lelaki atau perempuan. Sebelum bergerak meninggalkan halaman rumah menuju ke kubur, disunatkan membaca surah fatihah tiga kali. Caranya selepas melangkah selangkah, dibaca sekali sehingga tiga kali langkah dengan tiga fatihah. Sunat berdiri apabila mayat diusung berhampiran dengan kita dan membaca:
    سبحان الله لا يموت سبحان الملك القدوس
    Disunatkan kepada kita berada di tempat pengkebumian hingga selesai. Boleh menanam jenazah di waktu malam tetapi disunatkan di waktu siang.

    CARA-CARA MENGEBUMIKAN JENAZAH
     Hendaklah diturunkan jenazah seberapa cermat yang boleh, lemah-lembut dan penuh hormat di dalam suasana tenang. Disunatkan membaca doa:
    بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم
     Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan di atas lambung kanan dengan mengadap kiblat.
     Disandarkan mayat dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik atau terpesong dari kiblat.
     Tutup liang lahad dengan papan.
     Sunat meraub tanah tiga raub selepas mayat dimasukkan ke dalam liang lahad atau selepas ditutup dengan papan dan diletakkan di belakang mayat.Ketika rauban pertama bacalah: منها خلقناكم .Pada rauban kedua وفيها نعيدكم dan pada rauban ketiga ومنها نخرجكم تارة اخرى
     Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya tanah tidak memasuki liang lahad tadi.
     Sunat meninggikan kubur sekadar sejengkal dari paras bumi.
     Sunat diletakkan tanda seperti batu nisan dan sebagainya supaya senang dikenali.

    KEWAJIPAN TERHADAP ANAK YANG GUGUR

    Jika ada tanda-tanda anak tersebut hidup semasa lahirnya seperti ianya bergerak, bernafas, menangis dan seumpamanya maka hukum yang dikenakan ke atasnya samalah seperti mayat biasa.
    Jika tiada tanda-tanda hidup tetapi sudah membentuk lembaga manusia maka mayat itu hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa disembahyangkan.
    Sekiranya tiada tanda-tanda hidup dan masih belum membentuk lembaga manusia memadailah dengan membasuhnya sahaja untuk membersihkannya dari darah dan kotoran yang ada. Kemudian dibungkus dan ditanam.

    ZIARAH KUBUR
    Hukum menziarahi kubur atau hadir ketika mengebumikan adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi perempuan. Mengikut pendapat jumhur ulama. Apabila menziarahi kubur sunat memberi salam dan berdoa:
    السلام عليكم يا أهل الديار من المؤمنين والمسلمين والمسلمات وإنا إن شاء الله اللاحقون. أسال الله لنا ولكم العافية
    Disunatkan juga membaca al-Quran seberapa banyak seberapa banyak yang boleh. Menziarahi kubur adalah sunat kerana dengan sedemikian akan mengingati kita kepada kematian.

    TAKZIAH
    Sunat memberikan ucapan takziah kepada keluarga si mati sebagai tanda simpati di atas ujian tersebut dengan memberikan nasihat supaya dapat bersabar dan menerima musibah dengan lapang dada.
    Takziah sunat dilakukan sama ada sebelum dikebumikan atau selepasnya dalam masa tiga hari. Makruh memberi takziah selepas dari tempoh dari tersebut. Takziah selepas pengkebumian lebih baik daripada sebelumnya kerana waktu itu ahli keluarga si mati sibuk menguruskan jenazah.


    Kursus ini diadakan pada 25 Julai 2009 m / 3 Sya’ban 1430 h. Hari sabtu Jam 9.30 pagi bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Di bawah anjuran bersama Biro Kebajikan (PPMS), Lajnah Kebajikan Dan Ekonomi Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) dan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASS) SESI 2009.

    Labels:

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:45 PM   0 comments
    KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH – siri 4
    Friday, December 18, 2009
    OLEH : Ustaz Borhan Noordin Bin Zakaria

    HUKUM MENGKAFANKAN JENAZAH
    Mengkafankan jenazah adalah fardu kifayah.Kafan memadai sekurang-kurangnya dengan satu lapisan sahaja yang menutupi seluruh badan si mati.Sebaik-baiknya ialah tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan.Boleh mengkapankan jenazah dengan mana-mana kain tetapi sebaik-baiknya kain berwarna putih.
    عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى عليه وسلم : البسوا من ثيابكم البياض فانها من خير ثيابكم وكفنوا فيها موتاكم
    "Pakailah kain putih kerana ianya dari sebaik-baik kain kamu dan kafankanlah orang-orang mati di kalangan kamu dengannya.”
    Hendaklah mengkafankan jenazah dengan sebaik-baiknya:
    Sabda Nabi S.A.W:
    اذا كفن احدكم اخاه فليحسن كفنه
    "Apabila seseorang dari kamu mengkafankan saudaranya maka perelokkanlah kafannya."
    Segala pengurusan untuk pengkafanan hendaklah diambil dari harta si mati dan hendaklah didahulukan kapan dari menjelaskan hutang. Tidak diharuskan mengkafankan jenazah melainkan dengan menggunakan pakaian yang sesuai taraf kehidupannya dahulu. Kain sutera tidak boleh digunakan untuk mengkafankan jenazah lelaki kecuali tidak ada kain lain melainkan sutera sahaja. Begitu juga makruh menggunakan kain berwarna kuning.
    Sebaik-baiknya gunakanlah kain yang bersih dan suci. Jika kain tidak didapati ketika pengkafanan, maka kulit, rumput, inai dan tanah boleh digunakan sebagai ganti kepada kain.
    Makruh jika berlebihan dalam mengkafankan jenazah. Makruh juga bagi orang yang menyediakan kain kapan untuk dirinya sendiri melainkan ianya warisan dari para solihin, maka harus hukumnya. Menggunakan kain kapan selain yang berwarna putih adalah makruh. Manakala menulis sebarang ayat al-Quran atau nama Allah di atas kain kapan adalah haram.
    CARA-CARA MENGKAFANKAN JENAZAH
    Bentangkan kain kapan dan taburkan kapur barus di atasnya. Kemudian bentangkan kain kapan yang kedua dan taburkan juga kapur barus di atasnya. Selepas itu bentangkan lapisan ketiga dan letakkan mayat perlahan-lahan secara terlentang serta letakkan tangan kanan si mati atas tangan kirinya seperti dalam keadaan bersembahyang.
    Kemudian gunting kapas kecil-kecil untuk diletakkan di setiap sendi dan anggota sujud. Ambil sekeping kapas dan masukkan kapur barus ke dalamnya dan letakkan pada kemaluan si mati tetapi jangan sampai masuk ke dalamnya.
    Perlu diingat bahawa orang yang meninggal dunia dalam keadaan berihram tidak boleh diletakkan sebarang bauan ketika mengkafankan jenazahnya. Selain itu,haram menutup muka perempuan dan lelaki yang mati keadaan berihram.

    SEMBAHYANG JENAZAH
    Sembahyang jenazah hukumnya fardu kifayah. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa walaupun pada waktu yang dimakruhkan. Ia boleh dilakukan bersendirian tetapi disunatkan berjemaah.
    SYARAT-SYARAT JENAZAH YANG DISEMBAHYANGKAN
    1. Suci dari hadas.
    2. Menutup aurat.
    3. Jenazah muslim.
    4. Jenazah bukan orang yang mati syahid.
    5. Suci dari najis pada badan, kain dan tempat.

    SEMBAHYANG JENAZAH
    Rukun solat jenazah adalah seperti berikut:
    1. Niat.
    2. Berdiri bagi orang yang berupaya.
    3. Empat kali bertakbir termasuk takbiratul ihram.
    4. Membaca fatihah – selepas takbiratul ihram.
    5. Membaca Selawat Ibrahimiah ke atas Nabi selepas takbir yang kedua.
    6. Berdoa untuk jenazah selepas takbir ketiga.
    7. Memberi salam selepas takbir keempat.

    Kaum perempuan boleh menjadi makmun kepada kaum lelaki di dalam solat jenazah. Jika sesama perempuan, disunatkan sembahyang berseorangan dan boleh juga berjemaah. Kanak-kanak kecil yang tidak sempat hidup semasa lahirnya tidak wajib disembahyangkan. Sabda Nabi S.A.W:
    الطفل لا يصلى عليه ولا يرث ولا يورث حتى يسهل
    "Kanak-kanak kecil tidak disembahyang ke atasnya, tidak mewarisi serta mewariskan harta melainkan ia bersuara (semasa keluar dari perut ibunya)."
    Orang yang syahid di medan peperangan tidak perlu disembahyangkan,tetapi syahid selain dalam medan peperangan hendaklah disembahyangkan.
    CARA-CARA MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH
    1. Niat. Lafaz niatnya : أصلى على هذا/هذه الميت أربع تكبيرات مأموما لله تعالى
    2. (Niat adalah berdasarkan jenazah,sama ada orang ianya lelaki atau perempuan, hadir atau ghaib)
    3. Takbir pertama (membaca fatihah)
    4. Takbir kedua (baca Selawat Ibrahimiyyah)
    5. Takbir ketiga (berdoa untuk mayat). Antara doanya ialah:
    اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه،واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بلماء والثلج والبرد،ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس،وأبدله دارا جيرا من داره،وأهلا خيرا من أهله،وزوجا خيرا من زوجه،وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار
    6. Takbir keempat. Disunatkan membaca:
    اللهم لا تحرمنا أجره ولا تفتنا بعده واغفرلنا وله ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف الرحيم
    7. Memberi salam

    Doa bagi kanak-kanak:
    اللهم اغفرلحينا وميتنا وصغيرنا وكبيرنا وذكرنا وأنثانا وشاهدنا وعائبنا. اللهم من أحييته منا فأحييته على الإسلام، ومن توفيته منا فتوفه على الإيمان. اللهم اجعله فرطا لأبويه وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا، وثقل به موازينهما وافرغ الصبر قلوبهما ولا تفتنهما بعده ولا تحرمنا أجره
    PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM SOLAT JENAZAH
    • Mengangkat tangan ketika takbir.
    • Membaca secara sir (perlahan).
    • Sembahyang secara berjemaah.

    IMAM SOLAT JENAZAH
    Orang-orang yang diutamakan untuk menjadi imam solat jenazah ialah:
    1. Bapa (jika yang mati itu anak), datuk dan ke atas.
    2. Anak lelaki, cucu dan ke bawah mengikut tertib orang-orang yang mendapat harta pusaka (rujuk ilmu Faraid).
    3. Jika mereka didapati sama pada kedudukan, maka didahulukan orang yang lebih tua.


    Kursus ini diadakan pada 25 Julai 2009 m / 3 Sya’ban 1430 h. Hari sabtu Jam 9.30 pagi bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Di bawah anjuran bersama Biro Kebajikan (PPMS), Lajnah Kebajikan Dan Ekonomi Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) dan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASS) SESI 2009.

    Labels:

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:45 PM   0 comments
    KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH – siri 3
    Wednesday, November 18, 2009
    OLEH : Ustaz Borhan Noordin Bin Zakaria

    MEMANDIKAN JENAZAH
    Hukumnya ialah fardu kifayah secara ijma' ulama.
    SYARAT-SYARAT MAYAT YANG WAJIB DI MANDIKAN:
    A. Mayat islam
    B. Didapati anggotanya walaupun sedikit
    C. Bukan bayi keguguran yang belum sempurna sifatnya(sebelum 4 bulan)
    D. Bukan jenazah yang mati syahid di medan peperangan

    ORANG YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH
    Kewajipan asal memandikan mayat ialah ‘lelaki memandikan lelaki dan perempuan memandikan perempuan’. Sekiranya mayat itu lelaki, maka yang lebih berhak memandikannya ialah bapa,kemudian datuk, kemudian anak, kemudian saudara lelaki, kemudian bapa saudara, kemudian anak saudara (mengikut tertib asobah), kemudian kerabat-kerabat lelaki, kemudian orang-orang asing (yang tidak ada pertalian darah dengan si mati), kemudian perempuan-perempuan mahramnya.
    Manakala jenazah wanita yang tiada suami, maka orang yang diamanahkan untuk memandikannya ialah perempuan yang paling dekat hubungan kekeluargaan dengannya seperti ibunya. Selain itu, harus juga bagi suami untuk memandikan isterinya mengikut ijma' ulama.
    Sekiranya lelaki telah mati di tempat yang tidak diduduki oleh kaum lelaki melainkan perempuan ajnabi atau sebaliknya, maka gugurlah kewajipan mandi dan berpindah ke tayammum.
    Mayat kanak-kanak boleh dimandikan oleh lelaki atau perempuan. Bagi mayat khunsa yang mempunyai dua alat kelamin, maka orang yang memandikannya hendaklah dipilih berdasarkan kecenderungan si mati yang lebih banyak ke arah sifat-sifat lelaki atau perempuan.
    HUKUM MELIHAT AURAT SI MATI
    Menutup aurat si mati adalah wajib. Haram bagi orang yang memandikan mayat untuk melihat kepada auratnya dan menyentuhnya. Apabila sampai kepada aurat si mati, maka si pemandi hendaklah menggunakan kain atau sarung tangan sebagai mengalas tangannya. Mengikut sesetengah pendapat ulama mengatakan bahawa menyentuh aurat mayat dengan tidak beralas adalah makruh.
    SYARAT-SYARAT ORANG YANG MEMANDIKAN MAYAT
    1. Islam
    2. Bukan pembunuh si mati – hak pembunuh untuk memandikannya hinggalah menanamnya adalah gugur.
    3. Berakal
    4. Niat

    Perkata utama yang diperlukan oleh yang memandikan mayat ialah amanah.
    Sabda Nabi S.A.W:
    لا يغسل موتاكم إلا المأمونون ( رواه ابن ماجه )
    "Tidak memandikan orang yang mati itu kecuali orang-orang yang amanah."
    Seelok-eloknya, orang memandikan si mati itu adalah orang yang terdekat dan disayangi oleh si mati dengan syarat dia mengetahui tentang hukum-hakam memandikan mayat. Manakala mayat yang mati dalam keadaan junub atau haid memadai dengan satu mandian sahaja.
    PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA MEMANDIKAN MAYAT
    1. Mengulangi mandian sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib sementara yang kedua dan ketiga adalah sunat. Mandian yang pertama ialah dengan air mutlak manakala yang kedua dan ketiga dengan air biasa atau sabun dan yang ketiga dengan air kapur barus. Makruh memandikan jenazah lebih dari tiga kali sekiranya sudah bersih. Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat membersihkan najis, ulangi mandian kepada lima,tujuh dan seterusnya sehingga bersih. Sunat mewitirkan (mengganjilkan) bilangan mandian berpandukan sabda Nabi S.A.W terhadap isteri-isterinya:
    إغسلنها وترا ثلاثا أو خمسا أو أكثر من ذلك إن رأيتن ذلك
    2. Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir seperti kapur barus dan seumpamanya, tetapi yang sebaik-baiknya ialah air kapur barus. Disunatkan juga menggunakan air bidara atau sabun.
    3. Sunat memasang setanggi (colok, kemian) terutama ketika mengeluarkan najis untuk menghilangkan bauan yang busuk.
    4. Sunat melembutkan sendi jenazah untuk memudahkan pengkapanan.
    5. Di dalam mazhab Syafie, sunat menyikat rambut perempuan dan janggut lelaki jika ianya tebal dengan sikat jarang.
    CARA-CARA MEMANDIKAN MAYAT
    Sekurang-kurangnya mandian bagi mayat ialah dengan meratakan air ke seluruh tubuh setelah dibersihkan najis-najis yang ada. Manakala yang sebaliknya ialah:
    i. Dimandikan di tempat yang bersih dan tertutup daripada pandangan umum. Hanya orang yang memandikan dan penolongnya sahaja yang boleh berada di tempat itu.
    ii. Tutupkan mayat tadi dengan menggunakan kain yang menutup keseluruhan badan, sementara bahagian muka boleh ditutup atau tidak, tetapi yang sebaiknya ditutup untuk mengurangkan keaiban semasa mencurahkn air nanti. Air yang hendak dicurah itu hendaklah diatas kain sebagaimana hadis Rasulullah:
    غسلوه وعليه قميص يصبنون عليه ويدلكون من فوقه
    "Mereka memandikannya(si mati) dalam keadaan berpakaian dan mereka mencurahkan air serta menggosok di atas pakaiannya."

    iii. Juru mandi dan penolongnya disunatkan memakai sarung tangan. Bagi setengah pendapat, makruh menyentuh mayat dengan tanpa alas ketika memandikannya.
    iv. Kemudian hendaklah didudukkan sedikit mayat tadi dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Sandarkan belakangnya kepada lutut kanan orang yang memandikan dan tangan kanan memegang bahu kanan mayat. Tangan kiri yang beralas mengurut perut si mati perlahan-lahan supaya najis yang ada akan keluar. Air hendaklah sentiasa dicurahkan supaya najis yang keluar akan turun ke bawah. Disunatkan memasang setanggi ketika mengeluarkan najis serta membersihkan tempat keluar najis kemudian buang sarung tangan pertama.
    iv. Kemudian baringkan semula mayat tadi dengan menggunakan sarung tangan yang baru.Masukkan jari ke mulut si mati serta gerakkan jari di atas gigi perlahan-lahan dan jangan sekali-kali membuka mulutnya. Mata, telinga dan hidung juga hendaklah dibersihkan.
    v. Wudhu'kan si mati dengan melafazkan niat. Berniat wudhu' adalah wajib manakala niat mandi adalah sunat.
    vi. Bersihkan kepala dan janggut sekiranya janggut dan rambutnya tebal. Sikat dengan menggunakan sikat yang jarang untuk mengelakkan rambut gugur. Sekiranya terdapat rambut yang gugur semasa mandi hendaklah dikumpulkan untuk dikapankan bersama.
    viii. Kemudian basuhkan leher dan badan di sebelah lambung (rusuk/tepi badan) kanan, celah-celah kemaluan, dada, lutut hingga ke hujung kaki yang merangkumi bahagaian kanan badan. Kemudian di baringkan semula, basuhkan lambung kiri sebagaimana basuhkan lambung kanan tadi. Tidak perlu mengulangi semula ketika meneruskan mandian, sebaliknya teruskan dengan membasuh dari tengkok ke bawah.
    ix. Mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib manakala yang kedua dan ketiga adalah sunat. Sekiranya mandian yang ketiga masih tidak dapat menghilangkan najis yang ada, ulangi kepada lima, tujuh, dan seterusnya hingga bersih dan sunat diwitirkan bilangan mandian (diganjilkan).
    x. Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau seumpamanya yang sifatnya boleh membersihkannya.
    xi. Mandian yang ketiga atau terakhir sunat dengan menggunakan air kapur barus atau wangian terapi yang paling utama ialah dengan air kapur barus.
    xii. Boleh diletakkan bauan kepada si mati selepas dimandikan. Antaranya bauan yang lebih baik itu ialah kapur barus.
    xiii. Memandikan mayat dengan air sejuk biasa lebih afdhal daripada menggunakan air panas kecuali ketika hajat.
    xiv. Haram menelengkop jenazah.
    UNTUK PERHATIAN:
    Sebarang benda yang gugur semasa mandian seperti rambut dan sebagainya hendaklah disimpan dan dikapankan bersama jenazah.
    Sekiranya didapati najis keluar selepas mandi, tidak perlu lagi mengulangi mandian tadi, tapi hanya diwajibkan membuangnya sahaja.


    Kursus ini diadakan pada 25 Julai 2009 m / 3 Sya’ban 1430 h. Hari sabtu Jam 9.30 pagi bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Di bawah anjuran bersama Biro Kebajikan (PPMS), Lajnah Kebajikan Dan Ekonomi Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) dan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASS) SESI 2009.

    Labels:

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:45 PM   0 comments
    KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH – siri 2
    Sunday, October 18, 2009
    OLEH : Ustaz Borhan Noordin Bin Zakaria

    PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA PESAKIT YANG HAMPIR MATI
    Apabila seseorang itu hampir mati,disunatkan mengadap kiblat sebagaimana kedudukan dalam liang lahad (baringkan di atas lambung kanan dalam keadaan mengadap kiblat).Sekiranya masih lagi sukar,maka baringkan secara melentang dengan dua kaki mengadap kiblat dan sunat diangkatkan kepalanya sedikit supaya kepala mengadap kiblat.
    Adapun orang yang berada di sisinya, maka disunatkan mentalkin dengan kalimah لا إله إلا الله agar diikuti oleh pesakit itu. Sabda Rasulullah:
    لقنوا موتاكم لا إله إلا الله (رواه أبو داود)
    “ Ajarlah orang yang paling hampir mati kalimah " لا إله إلا الله
    Sebaik-baik pembacaan talqin dan dilakukan ketika mengadap kiblat. Tetapi sekiranya tidak dapat maka talqin didahulukan.
    Talqin disunatkan kepada orang bukan waris pesakit. Ini bertujuan mengelakkan timbulnya prasangka yang tidak baik di dalam diri pesakit sama ada beliau akan mengganggap warisnya suka dengan kematiannya untuk mendapatkan harta pusaka atau sebagainya. Ketika talqin, janganlah mendesak pesakit supaya menyebut kalimah tersebut, sebaliknya ajarlah dengan lembut dan teratur supaya mudah dituruti oleh pesakit. Ini untuk mengelakkan rasa jemu atau sebagainya yang mungkin memesongkan dari tujuan sebenar. Orang yang bertalqin juga hendaklah tidak mudah putus asa ataupun menyangka buruk terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh pesakit tetapi hendaklah berdoa semoga Allah memberi hidayah kepadanya.
    Kita juga disunatkan berkata dengan perkataan yang baik dan mendoakan kebaikkan untuknya sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
    إذاحضرتم المريض او الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمون على ما تقولون
    "Apabila kamu menziarahi orang sakit atau mati, maka ucaplah ucapan atau perkataan-perkataan serta doakanlah untuknya kerana malaikat akan mengaminkan apa yang kamu katakan."
    Ahli keluarga,kaum kerabat dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling pesakit disunatkan membaca surah Yasin dan surah Ar-Ra'ad. Sunat mendahulukan surah Yasin kerana surah ini akan mengurangkan siksa yang ditanggung dan mempermudahkan untuk menghadapi sakaratul maut. Manakala surah Ar-Ra'ad adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya. Sabda Nabi S.A.W:
    ما من ميت يموت فتقرأ عنده إلا هون الله عليه
    "Tiada di kalangan orang yang hampir mati lalu dibacakan di sisinya (surah Yasin) melainkan Allah akan memudahkan kepadanya saat menghadapi sakaratul maut."
    Orang yang hampir mati hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Allah berdasarkan hadis yang berbunyi:
    وهو يحسن الظن بالله إنه يرحمه ويعفو عنه لا يموتن أحدكم إلا
    "Janganlahkamu mati melainkan kamu sentiasa dalam keadaan bersangka baik terhadap Allah bahawa sesungguhnya Dia Allah merahmati dan mengampuninya."

    PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN
    Apabila menerima berita kematian disunatkan kita membaca إنا لله وإنا إليه راجعون
    Bagi ahli keluarga yang menerima berita kematian hendaklah bersabar dan redha serta tenang menghadapinya. Sabda Nabi S.A.W:
    إنما الصبرعند الصدمة الأولى
    “Sesungguhnya hanyalah sabar itu adalah pada pukulan (musibah) yang pertama"

    PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA ORANG YANG BARU MATI
    Apabila berlaku satu kematian maka hukum mengguruskan jenazah adalah fardu kifayah ke atas orang-orang tertentu. Maka menjadi kewajipan kepada mereka menguruskan jenazah dari awal kematian hingga mengebumikannya. Selain itu hendaklah memastikan segala hutang-hutangnya dilangsaikan berdasarkan hadis Nabi SAW:
    نفس المؤمن معنقه بقضاء دينه حتى يقضى
    "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah ia dijelaskan."
    Setelah selesai melangsaikan segala hutang-hutang, maka ahli keluarga hendaklah menguruskan harta pusaka yang telah ditinggalkan-sekiranya ada.
    PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA SI MATI IALAH:
    1. Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan perlahan-lahan sambil membaca
    بسم الله وعلى ملة رسول, اللهم اغفرله وارفع درجته في المهديين واخلفه في عقبه في الغابرين واغفرلنا وله يا رب العالمين واقتح له في قبره ونور له فيه.

    2. Ikat dagu si mati dengan menggunakan kain yang agak lebar dengan dililitkan di
    kepalanya.Ini bertujuan untuk mengelakkan mulut terbuka dan turun ke bawah.
    3. Seterusnya gosok sendi-sendinya perlahan seperti tangan, kaki, lutut dan lembutkan jari-jemarinya untuk memudahkan urusan memandikannya.

    4. Kemudian pindahkan jenazah ke tempat yang tinggi seperti katil dan letakkan logam atau besi yang beratnya kurang satu pound di atas perut si mati untuk mengelakkan perut si mati kembung.
    5. Ahli keluarga hendaklah berusaha menjelaskan hutang yang ditinggalkan oleh si mati.
    Terdapat empat kewajipan (fardu kifayah) yang perlu dilakukan oleh orang yang masih hidup:
    1. Memandikan mayat

    2. Mengkafankan mayat

    3. Menyembahyangkan mayat

    4. Mengebumikan mayat


    UNTUK PERHATIAN:
    Semua kos perbelanjaan untuk menguruskan mayat hendaklah diambil dari harta peninggalan si mati. Sekiranya si mati tidak memiliki harta maka ianya diwajibkan ke atas orang yang menanggungnya ketika hidup dan andainya tiada juga, maka kewajipan itu berpindah kepada Baitulmal. Sekiranya Baitulmal tidak ada, maka kewajipan itu ditanggung oleh mana-mana muslim yang kaya atau mampu untuk menanggungnya.


    Kursus ini diadakan pada 25 Julai 2009 m / 3 Sya’ban 1430 h. Hari sabtu Jam 9.30 pagi bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Di bawah anjuran bersama Biro Kebajikan (PPMS), Lajnah Kebajikan Dan Ekonomi Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) dan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASS) SESI 2009.

    Labels:

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:45 PM   0 comments
    IKLAN
    Saturday, September 19, 2009

    YDP DAN SELURUH SAF PIMPINAN KELUARGA ANAK KEDAH SYRIA (KKDS) MENGUCAPKAN

    SELAMAT HARI RAYA I'DUL FITRI 1430

    MAAF ZAHIR BATIN

    KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA ANAK KEDAH SYRIA

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 12:56 AM   0 comments
    PENGENALAN

    Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
    Lokasi: Damascus, Syria
    Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
    See my complete profile
    Terbitan
    Arkib
    BERITA
    Powered by

    -::NOURAN CREATIVE::-


    Daftar Pelawat
    Hit Counter
    Hit Counter
    Keluarga Anak Kedah Syria 2009 Selamat Datang Template by -::Nouran Creative::-