Damascus 15 Sept. – permohonan bantuan zakat bagi pelajar Syria di peringkat Maahad telah diluluskan oleh jabatan zakat negeri kedah. Sehubungan itu YDP Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) Ustaz Zahir Abdul Halim mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah atas kelulusan permohonan tersebut. "ribuan terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri (Kedah) di bawah pimpinan Ustaz Azizan dan juga kepada setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah Dato' Syekh Ghazali Bin Haji Yaacob atas keperihatian mereka terhadap para pelajar disini (Syria)" kata beliau. Jumlah zakat yang diterima adalah sebanyak RM4000 bagi setiap pelajar dan menyamai jumlah yang diperolehi oleh pelajar diperingkat pengajian ijazah di Syria. |