PENGENALAN
Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segunung kesyukuran dan selaut kepujian dipanjatkan kehadrat Rabbul Izzati tuhan yang mencurahkan lautan nikmat dan rahmat kepada hambaNya. Selawat serta salam buat junjungan mulia Saidina Muhammad S.A.W sebagai utusan terakhir para anbiya`.
Keluarga Anak Kedah Syria atau singkatannya KKDS merupakan badan anak Negeri Kedah yang bernaung sepenuhnya dibawah Kerajaan Negeri Kedah dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Ia ditubuhkan tanggal 27 Mac 1996. Pada ketika itu penuntut dari negeri yang mendapat jolokan Jelapang Padi hanyalah sebilangan kecil. Tetapi dari masa ke semasa, jumlah penuntutnya semakin meningkat sehingga pada tahun 2009. Bilangan penuntut pada tahun ini seramai 140 orang, yang terdiri dari ahli tetap seramai 122 orang dan ahli bersekutu seramai 18 orang. Badan anak negeri ini ditubuhkan atas dasar membantu serta mengeratkan silaturrahim antara anak Negeri Kedah dan badan anak negeri lain yang berada di Syria.
MATLAMAT
Melahirkan mahasiswa islam yang berkebolehan dan berkeyakinan. KKDS merupakan antara perantaraan penting dalam penyaluran dakwah. Di samping menanam semangat cintakan ilmu dan merapatkan ukhuwah di kalangan ahli KKDS. KKDS juga berperanan membantu kebajikan anak Negeri Kedah dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi pengurusan zakat, surat menyurat dan menyalurkan bantuan bagi mana-mana ahli yang tidak berkemampuan.
OBJEKTIF
1) Menjadikan ukhuwah di kalangan ahli KKDS sebagai satu landasan yang kukuh dalam mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli PPMS.
2) Memupuk kesedaran dalam menuntut ilmu serta galakan ke arah beramal.
3) Melahirkan ahli yang peka,kreatif,inovatif dan bervisi.
4) Mendedahkan pengetahuan am kepada ahli melalui aktiviti yang akan diadakan.
5) Menanam sikap kerjasama dalam apa jua gerak kerja yang akan dilakukan.
TEMA PENUBUHAN KKDS
" ILMU ASAS KEJAYAAN "
|