|
|
Monday, September 22, 2008 |
PERTEMUAN SETIAUSAHA AGUNG KKDS DAN PEGAWAI AGIHAN JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH. Pada 11 Sept 2008 lalu, Setiausaha Agung Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin telah bertemu dengan Pegawai Agihan Zakat, Jabatan Zakat Negeri Kedah, Encik Rosmanizam di Bangunan Zakat di Tambang Badak. Perbincangan tersebut lebih terarah kepada kebajikan anak-anak Kedah yang menuntut di Syria berkaitan zakat. Pertemuan tersebut berlangsung lebih dari sejam. Banyak perkara yang dibincangkan terutama 18 permohonan zakat KKDS sesi 2008 tidak mendapat surat untuk mengambil wang zakat. Perkara tersebut akhirnya dapat diselesaikan dengan baik apabila Setiausaha Agung menerima panggilan telefon memaklumkan bahawa rayuan KKDS terhadap 18 permohonan tersebut diluluskan oleh Jabataz Zakat. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Mantan YDP KKDS sesi 2007, Ust Muhammad Wadi Anuar Bin Ayub. KKDS mengucap jutaan terima kasih kepada Jabatan Zakat yang sentiasa mengambil berat kebajikan anak-anak Kedah yang menuntut di bumi Syam. |
posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 1:12 AM
|
|
|
|
PENGENALAN |
Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
Lokasi: Damascus, Syria
Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
See my complete profile
|
Terbitan |
|
Arkib |
|
BERITA |
|
Powered by |
-::NOURAN CREATIVE::- |
|
Daftar Pelawat |
|
Hit Counter
|
|