PERTEMUAN ANTARA SETIAUSAHA AGUNG KKDS BERSAMA PENGURUS BESAR YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH (YINK).
Setiausaha Agung Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludian yang pulang ke Malaysia telah mewakili pentadbiran KKDS mengadakan pertemuan bersama Pengurus Besar Yayasan Islam negeri Kedah (YINK), Tuan Haji Nordin Bin Yahya pada hari Khamis, 18 September 2008, jam 11.00 pagi bertempat di Bangunan Yayasan Islam Negeri Kedah di Teluk Wanjah. Pertemuan yang berlangsung hampir sejam setengah itu, membincangkan beberapa perkara berkaitan kebajikan dan infrastruktur untuk kemudahan anak-anak Kedah yang menuntut di Syria. Antara yang dibincangkan adalah permohonan KKDS untuk menyewa sebuah rumah pentadbiran dan membeli kelengkapan komputer. Pihak KKDS juga memohon agar Yayasan Islam negeri Kedah memberi penajaan Program Akademi Kepimpinan diteruskan untuk sesi seterusnya. Program yang berbentuk realiti itu ditubuhkan untuk melahirkan pelapis kepimpinan yang mampu memimpin dan mengurus organisasi dengan baik.
Di akhir perbincangan, pihak YINK memberi berita baik bahawa mereka bersetuju membiyai sewaan rumah pentadbiran KKDS, membeli kelengkapan komputer dan menaja program Akademi Kepimpinan. Pihak KKDS hanya perlu menyiapkan beberapa perkara yang dipohon oleh pihak Yayasan untuk memudahkan urusan. Pertemuan ini juga disertai oleh Mantan Yang Di-Pertua KKDS sesi 2007, Ust Mohammad Wadi Anuar Bin Ayub.
KKDS dan pihak YINK bertukar-tukar cenderamata di akhir pertemuan.
|