Mujtahid, 25 julai - Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar Malaysia di Syria dengan anggaran penyertaan sebanyak 140 orang. Kursus tersebut adalah salah satu dari program anjuran Lajnah Kebajikan dan Ekonomi KKDS di bawah arahan Ustaz Lutfullah sebagai ketua lajnah dan juga pengarah program, kursus dilaksanakan di bawah bimbingan Ustaz Burhan Noqrdin Bin Zakaria yang berpengalaman luas menguruskan kursus seperti ini di Malaysia. "saya mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini adalah kerana pada pandangan saya para pelajar Islam kurang mengambil berat tentang pengurusan jenazah, bacaan talqin dan hal-hal yang berkaitan dengannya secara praktikal" kata pengarah program. Tambahnya lagi : "disamping itu kita dapat mengeratkan hubungan sesama ahli KKDS disini." Apa yag menarik pada kursus ini ialah ia turut mendapat perhatian pelajar luar yang berasal dari Singapura. Turut menjayakan majlis ini ialah Badan Kebajikan Anak Selangor Syria (BKASS) dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Majlis dirasmikan oleh Presiden PPMS Ustaz Khairul Faizal pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4 petang dengan dipengurusikan oleh Ustaz Anwar Majdi Bin Ashan. Majlis penutup disempurnakan oleh YDP KKDS Ustaz Mohd Zahir Bin Abd. Halim. |