Zakat untuk maahad akan dipertimbangkan semula – Dato Syekh Ghazali 20 jun 2009 Sabtu Mujtahid, Damscus – Setiausha Jabatan Zakat Negeri Kedah Dato Syekh Ghazali Bin Haji Yaacob akan menimbang semula permohonan zakat bagi pelajar maahad di Syria. Menjawab soalan yang dikemukan oleh YDP Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) beliau menegaskan pihak nya semeangnya telah memberhentikan pemberian zakat bagi pelajar maahad di Syria semenjak 2007 kerana ianya bertentangan dengan syarat yang telah di tetapkan oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah. "Persoalan yang berhubung dengan zakat ini dia (pelajar yang datang ke sisni) bukan pergi (belajar di) kuliah tapi dia pergi (belajar di) maahad atau pra sebelum nak masuk kuliah (dan Jabatan) zakat selama ini tidak memberi bantuan itu (kepada pelajar maahad) sebab (pengajian di peringkat) pra itu ada di negeri kita dengan banyak" tegas Dato Syekh Ghazali. Tegasnya lagi : "saya akan tengok ( semak, dan) tolong buat satu paper dekat saya apa yang lebih (tentang) pengajian disini dan saya akan cadangkan dekat jawatankuasa zakat untuk kita timbang, tapi tolong tulis sama macamna (cara) di mengaji dan apa sukatan pelajaran dia". Dalam pada itu dato syekh ghazali juga memaklumkan kini jabatan zakat negeri kedah lebih menumpukan pengajian di bidang perubatan memendangkan kurangnya doktor melayu Islam dalam masyarakat. |