|
PERKARA –PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH |
Monday, March 9, 2009 |
Terbahagi kepada tiga bahagian :
(1) Pegangan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam :
• Beri’tiqad bahawa alam ini qadim, tidak ada pencipta atau alam ini kekal selama-lamanya. • Beri’tiqad bahawa pencipta alam ini baharu atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu seperti; mempunyai anak dan isteri, atau berbilang-bilang atau tidak kekal (akan mati). • Beri’tiqad dengan menafikan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau i’tiqad bahawa baginda yang sebenar ialah Nabi Muhammad yang batin bukan yang zahir dan wujud ketika itu, atau i’tiqad bahawa Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk kaum arab sahaja, atau i’tiqad hukum-hakam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah hukum-hakam yang lapuk dan ketinggalan zaman, serta tidak sesuai dengan keadaan sekarang, atau i’tiqad mengingkari mana-mana rasul utusan Allah , atau i’tiqad bahawa ada lagi nabi dan rasul lain yang diutus oleh Allah sesudah Nabi Muhammad SAW. • Beri’tiqad bahawa tiada dosa dan pahala, tiada syurga dan neraka, tiada hari kebangkitan sesudah mati, tiada hari kiamat dan segala yang berlaku pada hari tersebut. • Beri’tiqad bahawa roh orang-orang mati akan berpindah-pindah dari satu jasad ke satu jasad yang lain. • Beri’tiqad bahawa agama kafir lebih baik dari agama Islam. • Perasaan ragu-ragu terhadap salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas. • Hati yang berbolak-balik antara hendak menjadi kafir atau tidak atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa akan datang.
(2) Perkataan :
• Tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ejek, dan mempermain-mainkan nama Allah, sifatNya, malaikatNya, rasulNya, kitabNya, hukumNya serta hukum yang dijelaskan oleh rasulNya. • Perkataan yang menolak, menafi, dan mengingkari sesuatu perkara atau hukum yang disepakati oleh alim ulama’ dan perkara tersebut diketahui umum dari segi syara’.
Misalnya, cemuhan dan ejekan terhadap hukum Islam seperti : a) Hukum apa ni? b) Hukum ni sudah lapuk dan ketinggalan zaman !!. c) Hukum yang menyekat kebebasan .
(3) Perbuatan :
• Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan bertujuan menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah. Seperti sujud kepada makhluk walaupun tidak dengan niat menghormatinya atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai ke tahap sekurang-kurangnya rukuk dalam sembahyang dengan tujuan menghormatinya sebagaimana mengesakan Allah. Jika sebaliknya, tidaklah tergolong di kalangan orang murtad bahkan haram perbuatan tersebut. • Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir berdasarkan upacara yang mereka lakukan. • Melaksanakan cara ibadat yang berlainan dan terpesong dari ajaran sebenar. • Meletakkan ayat suci Al-quran, hadis Nabi, nama-nama Tuhan, rasul-rasulNya,dan malaikat-malaikatNya di tempat najis dan kotor dengan niat menghina dan merendah-rendahkannya.Termasuk juga buku-buku agama yang berkaitan dengan perkara tersebut. • Meninggalkan sembahyang dengan sengaja. |
posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 12:45 PM
|
|
|
|
PENGENALAN |
Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
Lokasi: Damascus, Syria
Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
See my complete profile
|
Terbitan |
|
Arkib |
|
BERITA |
|
Powered by |
-::NOURAN CREATIVE::- |
|
Daftar Pelawat |
|
Hit Counter
|
|