|
KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH – siri 2 |
Sunday, October 18, 2009 |
OLEH : Ustaz Borhan Noordin Bin Zakaria
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA PESAKIT YANG HAMPIR MATI Apabila seseorang itu hampir mati,disunatkan mengadap kiblat sebagaimana kedudukan dalam liang lahad (baringkan di atas lambung kanan dalam keadaan mengadap kiblat).Sekiranya masih lagi sukar,maka baringkan secara melentang dengan dua kaki mengadap kiblat dan sunat diangkatkan kepalanya sedikit supaya kepala mengadap kiblat. Adapun orang yang berada di sisinya, maka disunatkan mentalkin dengan kalimah لا إله إلا الله agar diikuti oleh pesakit itu. Sabda Rasulullah: لقنوا موتاكم لا إله إلا الله (رواه أبو داود) “ Ajarlah orang yang paling hampir mati kalimah " لا إله إلا الله Sebaik-baik pembacaan talqin dan dilakukan ketika mengadap kiblat. Tetapi sekiranya tidak dapat maka talqin didahulukan. Talqin disunatkan kepada orang bukan waris pesakit. Ini bertujuan mengelakkan timbulnya prasangka yang tidak baik di dalam diri pesakit sama ada beliau akan mengganggap warisnya suka dengan kematiannya untuk mendapatkan harta pusaka atau sebagainya. Ketika talqin, janganlah mendesak pesakit supaya menyebut kalimah tersebut, sebaliknya ajarlah dengan lembut dan teratur supaya mudah dituruti oleh pesakit. Ini untuk mengelakkan rasa jemu atau sebagainya yang mungkin memesongkan dari tujuan sebenar. Orang yang bertalqin juga hendaklah tidak mudah putus asa ataupun menyangka buruk terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh pesakit tetapi hendaklah berdoa semoga Allah memberi hidayah kepadanya. Kita juga disunatkan berkata dengan perkataan yang baik dan mendoakan kebaikkan untuknya sebagaimana sabda Nabi S.A.W: إذاحضرتم المريض او الميت فقولوا خيرا فإن الملائكة يؤمون على ما تقولون "Apabila kamu menziarahi orang sakit atau mati, maka ucaplah ucapan atau perkataan-perkataan serta doakanlah untuknya kerana malaikat akan mengaminkan apa yang kamu katakan." Ahli keluarga,kaum kerabat dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling pesakit disunatkan membaca surah Yasin dan surah Ar-Ra'ad. Sunat mendahulukan surah Yasin kerana surah ini akan mengurangkan siksa yang ditanggung dan mempermudahkan untuk menghadapi sakaratul maut. Manakala surah Ar-Ra'ad adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya. Sabda Nabi S.A.W: ما من ميت يموت فتقرأ عنده إلا هون الله عليه "Tiada di kalangan orang yang hampir mati lalu dibacakan di sisinya (surah Yasin) melainkan Allah akan memudahkan kepadanya saat menghadapi sakaratul maut." Orang yang hampir mati hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Allah berdasarkan hadis yang berbunyi: وهو يحسن الظن بالله إنه يرحمه ويعفو عنه لا يموتن أحدكم إلا "Janganlahkamu mati melainkan kamu sentiasa dalam keadaan bersangka baik terhadap Allah bahawa sesungguhnya Dia Allah merahmati dan mengampuninya."
PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN Apabila menerima berita kematian disunatkan kita membaca إنا لله وإنا إليه راجعون Bagi ahli keluarga yang menerima berita kematian hendaklah bersabar dan redha serta tenang menghadapinya. Sabda Nabi S.A.W: إنما الصبرعند الصدمة الأولى “Sesungguhnya hanyalah sabar itu adalah pada pukulan (musibah) yang pertama"
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA ORANG YANG BARU MATI Apabila berlaku satu kematian maka hukum mengguruskan jenazah adalah fardu kifayah ke atas orang-orang tertentu. Maka menjadi kewajipan kepada mereka menguruskan jenazah dari awal kematian hingga mengebumikannya. Selain itu hendaklah memastikan segala hutang-hutangnya dilangsaikan berdasarkan hadis Nabi SAW: نفس المؤمن معنقه بقضاء دينه حتى يقضى "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah ia dijelaskan." Setelah selesai melangsaikan segala hutang-hutang, maka ahli keluarga hendaklah menguruskan harta pusaka yang telah ditinggalkan-sekiranya ada. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA SI MATI IALAH: 1. Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan perlahan-lahan sambil membaca بسم الله وعلى ملة رسول, اللهم اغفرله وارفع درجته في المهديين واخلفه في عقبه في الغابرين واغفرلنا وله يا رب العالمين واقتح له في قبره ونور له فيه.
2. Ikat dagu si mati dengan menggunakan kain yang agak lebar dengan dililitkan di kepalanya.Ini bertujuan untuk mengelakkan mulut terbuka dan turun ke bawah. 3. Seterusnya gosok sendi-sendinya perlahan seperti tangan, kaki, lutut dan lembutkan jari-jemarinya untuk memudahkan urusan memandikannya.
4. Kemudian pindahkan jenazah ke tempat yang tinggi seperti katil dan letakkan logam atau besi yang beratnya kurang satu pound di atas perut si mati untuk mengelakkan perut si mati kembung. 5. Ahli keluarga hendaklah berusaha menjelaskan hutang yang ditinggalkan oleh si mati. Terdapat empat kewajipan (fardu kifayah) yang perlu dilakukan oleh orang yang masih hidup: 1. Memandikan mayat
2. Mengkafankan mayat
3. Menyembahyangkan mayat
4. Mengebumikan mayat
UNTUK PERHATIAN: Semua kos perbelanjaan untuk menguruskan mayat hendaklah diambil dari harta peninggalan si mati. Sekiranya si mati tidak memiliki harta maka ianya diwajibkan ke atas orang yang menanggungnya ketika hidup dan andainya tiada juga, maka kewajipan itu berpindah kepada Baitulmal. Sekiranya Baitulmal tidak ada, maka kewajipan itu ditanggung oleh mana-mana muslim yang kaya atau mampu untuk menanggungnya.
Kursus ini diadakan pada 25 Julai 2009 m / 3 Sya’ban 1430 h. Hari sabtu Jam 9.30 pagi bertempat di rumah pentadbiran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Di bawah anjuran bersama Biro Kebajikan (PPMS), Lajnah Kebajikan Dan Ekonomi Keluarga Anak Kedah Di Syria (KKDS) dan Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASS) SESI 2009.Labels: Kursus Pengurusan Jenazah |
posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:45 PM
|
|
|
|
PENGENALAN |
Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
Lokasi: Damascus, Syria
Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
See my complete profile
|
Terbitan |
|
Arkib |
|
BERITA |
|
Powered by |
-::NOURAN CREATIVE::- |
|
Daftar Pelawat |
|
Hit Counter
|
|