|
TALKIN JENAZAH |
Thursday, March 18, 2010 |
بسم الله الرحمن الرحيم سُبْحَانَ مَن تَعَزَّزَ بِالقُدْرَةِ وَالبَقَاءِ، وَقَهَرَ العِبَادَ بِالمَوْتِ وَالفَنَاءِ، لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً، وَأَنَّ سَعْيَكُمْ سَوْفَ يُرَى، كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ، لَهُ الحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ. كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ المَوْتِ، وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ القِيَامَةِ، فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ، وَمَا الحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الغُرُوْرِ. مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ، وَفِيْهَا نُعِيْدُكُمْ، وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى، وَمِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ لِلأَجْرِ وَالثَّوَابِ. وَفِيْهَا نُعِيْدُكُمْ لِلدُّوْدِ وَالتُّرَابِ، وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ لِلْعَرْضِ وَالحِسَابِ. Bismilah dengan nama Allah , dan demi Allah, dan daripada Allah, dan kepada Allah, dan di atas agama Rasulullah s.a.w. Inilah apa yang dijanjikan oleh Allah, benarlah dengan para-para utusannya (rasul dan nabi). Jika sekiranya hanya sekali tiupan (sangkakala) maka mereka di sisi kami berhimpun. Allah merahmati kamu, telah pergi darimu dunia dan hiasannya, kamu sekarang berada di alam barzakh dari barzakh-barzakh akhirat. Jangan kamu lupa janji yang kamu meninggalkan kami ke atasnya dunia,dan kamu (si mati) telah mendatangi alam akhirat iaitu syahadah (tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah). Apabila dua malaikat yang diwakilkan kepada kamu, dan orang-orang seperti kamu dari umat Nabi Muhammad s.a.w., janganlah keduanya membimbangkan kamu dan menakutkan kamu. Dan ketahuilah keduanya (malaikat munkar dan nakir). Ketahuilah kamu (si mati) kedua-duanya adalah makhluk daripada makhluk Allah sebagaimana kamu juga makhluk dari makhlukNya. Apabila keduanya mendatangi kamu dan menyoal kamu serta berkata kepada kamu, Siapa Tuhan kamu?, Siapa Nabi kamu?, Apa agama kamu?, Apa kiblat kamu?, Siapa imam kamu? Siapa saudara-saudara kamu? Katakanlah dengan lidah yang fasih dan aqidah yang sohih. Allah tuhanku, Muhammad Nabiku, islam agamaku, ka'bah kiblat ku, al-Quran imamku, dan orang-orang muslim dan mukmin saudara-saudaraku. Berpeganglah wahai hamba Allah dengan hujah-hujah ini. Ketahuilah sesungguhnya kamu menghuni alam barzakh ini hingga hari qiamat. Apabila dikatakan kepada kamu apa yang kamu katakan terhadap lelaki ini yang diutuskan kepada kamu dan seluruh makhluk? Maka katakanlah : Dia Muhammad, dia mendatangi kami dengan keterangan-keterangan dari tuhanNya. Maka kami mengikutinya dan beriman kepadanya, kami mempercayainya dengan risalahnya (al-Quran). Jika sekiranya kamu berpaling, katakanlah : hanya kepada Tuhan tiada Tuhan melainkannya, ke atasnya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan ''Arash'' yang Besar. Dan ketahuilah wahai hamba Allah, sesungguhnya kematian itu benar dan mendatangi kubur itu benar dan soal munkar nakir itu benar, sesungguhnya kebangkitan itu benar, hisab itu benar, jalan itu benar, syurga itu benar, dan hari qiamat itu pasti akan datang. Tiada keraguan kepadanya dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan sesiapa yang berada di dalam alam kubur. Dan kami tinggalkan kamu kepada Allah, " ya Allah wahai peneman kepada orang keseorangan, satukan kesatuan kami dan kesatuannya (si mati), rahmatilah orang-orang asing bagi kami dan orang-orang asing baginya (si mati), ajarilah ia hujah-hujahnya, janganlah kamu fitnah kami selepasnya, ampunilah kami dan dia (si mati), wahai tuhan sekian Alam. "Labels: Kursus Pengurusan Jenazah |
posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 11:47 PM
|
|
|
|
PENGENALAN |
Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
Lokasi: Damascus, Syria
Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
See my complete profile
|
Terbitan |
|
Arkib |
|
BERITA |
|
Powered by |
-::NOURAN CREATIVE::- |
|
Daftar Pelawat |
|
Hit Counter
|
|