-::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::- -::Nouran Creative::-
AHLAN WASAHLAN
Pimpinan Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman blog KKDS. Pihak KKDS mengalu-alukan cadangan dan idea yang bernas dari semua pihak agar Keluarga Anak Kedah Syria terus maju untuk menjaga kebajikan penuntut-penuntut Kedah di Bumi Syria..
LINK BLOG KKDS
Photobucket Photobucket
WAKTU SYRIA
DIREKTORI PERHUBUNGAN KKDS

Mohamad Zahir Bin Abdul Halim
(YDP KKDS)+963-932-897758

Muhamad Bilal Bin Mohd Zain
(Timb. YDP)+963-947-818867

Masyitah Binti Mohd Zainon
(Ketua HELWI)+963-949-829580

Mohammad Faiz Bin Mohammad Ali
(Setiausaha Agung)+963-966-550814

Siti Zainab Binti Md Amin
(Setiausaha HELWI)+963-967-348638
TARIKH HIJRIAH
INFO JELAPANG PADI
Makluman!
Salam KKDS pada semua pengunjung
KKDS MESSENGER
WEB NEGERI KEDAH
  • Kerajaan Negeri Kedah
  • kedahlanie
  • YB NEGERI KEDAH
  • YB Tanjung Dawai
  • YB Bandar Baharu
  • YB Pantai Merdeka
  • YB Kubang Rotan
  • YB Bukit Lada
  • YB Pengkalan Kundor
  • PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA
  • MSAJ (Jepun)
  • PPP (Yaman)
  • PPP (Sudan)
  • PPP (Cork, Ireland)
  • PPMS (Syria)
  • PPP (Mesir)
  • WEB LINK
    Syeikh Yusuf Al- Qardawi
    Syeikh Said Ramadhan Al-Bouti
    Syeikh Wahbah Az-Zuhayli
    Harun Yahya
    Syeikh Habib Omar b. Muhammad
    Syeikh Abdul Fatah Abu Ghoddah
    Syeikh Habib Al Jifri
    Syeikh Faisal Mauluwi
    Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
    Syeikh Muaz Khatib
    Syeikh Faisal Mauluwi
    Syeikh Abdul Khadir Al-Khatib
    SaifulIslam
    Suasana di Malaysia
    Media Muslim
    Portal Ukhuwah
    Portal Muslimah
    Persatuan Pengguna Islam Malaysia

    BADAN NEGERI DAN SEKOLAH
    KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI PMTIS (DERANG) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI IRHAMI (MUASSASAH) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI MPK JORDAN KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI BKASS (SELANGOR) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI BKPPS (PERAK) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI IPPS (PULAU PINANG) KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN RASMI KPTS (TERENGGANU)
    TEAM BLOGGER
  • Abang Zul (Pahang)
  • Innallaha Ma'ana
  • Kembara Ilmu
  • Senandung malam
  • Tentang Kita
  • Tinta permata
  • albazrah
  • iffah-hidayah-rejab
  • imansabar
  • rampaisari
  • mrbab-uthmani
  • penyubiru
  • annyss
  • nazhatulshima
  • syauqah-el-wardah
  • alqasam
  • kembarasolo
  • dugongsenyum
  • Azizi Abdullah
  • mrbab-uthmani
  • PEKELILING YURAN KKDS 2009
    Friday, March 27, 2009

    Ruj. Kami         : KKDS/MT/2.01-09 (01)

    Tarikh              : 18 Mac 2009 M bersamaan 23 Rabiul Awwal 1430 H.

     

    Kepada:

    Semua Ahli,

    KELUARGA ANAK KEDAH SYRIA

     

    Assalamualaikum w.b.t

     

    Ustaz/ah

     

    PEKELILING MENGENAI YURAN TAHUNAN KKDS SESI 2009.

     

    Perkara di atas adalah dirujuk.

     

    2.     Adalah diingatkan dan mohon perhatian kepada semua ahli yang masih belum menjelaskan yuran tahunan ahli agar menjelaskannya dalam tempoh enam bulan dari awal setiap tahun.

     

    3.            Mengikut yang tercatat di dalam perlembagaan KKDS, yuran tahunan sebanyak 50 LS hendaklah dijelaskan dalam setiap tahun. Sehubungan itu, ahli yang membiarkan yurannya lebih daripada enam bulan akan  hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga yurannya telah dijelaskan.

                                                                                                                                                          

    4.           Justeru itu, Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) mengharapkan kerjasama

    daripada semua ahli agar dapat menjelaskan yuran tahunan masing-masing seberapa

    segera. Pembayaran bolehlah dibuat kepada:

      

             i. Bendahari Agung         : Muhd Ali Zainal Abidin (0956586513-Syabab)

                                          

            ii. Bendahari Helwi          : Solahiyah binti Salleh (-Akhawat) 

                                      

     5.          Segala kerjasama yang diberikan didahulukan dengan Jazakumullahu Khairan  Khathira.

     

    Sekian, terima kasih.

     

    "MEMBENTUK KESATUAN MENJANA MASA DEPAN"

     

    Yang menjalankan tugas,

     

     

    ……………………………………………………………

    (MUHD ALI ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD FAHMI)

    Bendahari Agung,

    Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS)

    Sesi 2009.


    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 4:27 PM   0 comments
    MAJLIS PERPISAHAN ENCIK SHAHARI
    Sunday, March 22, 2009



    Gambar kenangan Setiausaha Agung KKDS Mohammad Faiz bersama Encik Shahari dan Presiden PPMS Hairul Faizal di dalam majlis.



    Midan, 7 MAC 2009 : Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) telah mengadakan Majlis Perpisahan Khas untuk Encik Shahari dan Isteri bersempena berakhirnya tugas beliau di kedutaan Besar Malaysia di Syria selama hampir empat tahun.

    Beliau yang telah memulakan tugasnya sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Besar Malaysia pada tahun 2005 akan pulang pada 20 Mac ini.

    Majlis yang serba ringkas ini turut dihadiri wakil-wakil Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN) di Syria, antaranya Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS), Badan Kebajikan Anak Selangor syria (BKASS), Keluarga Penuntut Terengganu Syria (KPTS) dan beberapa buah Badan Anak Negeri yang lain turut hadir.

    KKDS telah diwakili oleh Timbalan Yang Di Pertua, Saudara Bilal Mohd Zain, Setiausaha Agung, Saudara Mohammad Faiz Mohd Ali, Bendahari Agung, Saudara Mohd Ali Zainal Abidin, Ketua HELWI, Saudari Masyitah Zainon dan Setiausaha HELWI, Saudari Siti Zainab Md Amin.

    Majlis di mulakan dengan ucapan dari Timbalan Ketua HELWI PPMS, Saudari Raba’ah Adawiyah dan disusuli dengan ucapan dari Presiden PPMS, Saudara Hairul Faizal Isa. Dan ucapan akhir dari Encik Shahari sebagai amanat terakhir dari beliau kepada pelajar-pelajar di Syria.

    “Saya harap agar pelajar Malaysia di Syria dapat menjaga imej dan nama baik negara dan belajarlah bersungguh-sungguh kerana disini sajalah peluang keemasan yang kita ada, apabila pulang ke Tanah Air kita tidak lagi mempunyai peluang sebegini, tetapi kita akan menggalas satu tanggungjawab yang lebih besar” katanya dalam ucapan beliau.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari PPMS dan BKAN kepada Encik Shahari dan jamuan makan malam.
    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 5:30 AM   0 comments
    SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL
    Tuesday, March 17, 2009
    JOM RAMAI RAMAI KITA PAKAT MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL...
     
    TERIKH : 22 RABIUL AAL 1430H / 19 MAC 2009
    HARI : KHAMIS
    MASA : 1.00 ptg.
    TEMPAT : RUMAH PENTADBIRAN PPMS
     
    ANTARA AKTIVITI MENARIK :
    • BACAAN BURDAH BERAMAI-RAMAI
    • PERSEMBAHAN NASYID DARI SINGAPORE
    • JAMUAN MAKAN
     
    ANJURAN : KELUARGA ANAK KEDAH SYRIA (KKDS)

    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 5:50 AM   0 comments
    PERKARA –PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
    Monday, March 9, 2009
    Terbahagi kepada tiga bahagian :

    (1) Pegangan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam :

    • Beri’tiqad bahawa alam ini qadim, tidak ada pencipta atau alam ini kekal selama-lamanya.
    • Beri’tiqad bahawa pencipta alam ini baharu atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu seperti; mempunyai anak dan isteri, atau berbilang-bilang atau tidak kekal (akan mati).
    • Beri’tiqad dengan menafikan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atau i’tiqad bahawa baginda yang sebenar ialah Nabi Muhammad yang batin bukan yang zahir dan wujud ketika itu, atau i’tiqad bahawa Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk kaum arab sahaja, atau i’tiqad hukum-hakam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah hukum-hakam yang lapuk dan ketinggalan zaman, serta tidak sesuai dengan keadaan sekarang, atau i’tiqad mengingkari mana-mana rasul utusan Allah , atau i’tiqad bahawa ada lagi nabi dan rasul lain yang diutus oleh Allah sesudah Nabi Muhammad SAW.
    • Beri’tiqad bahawa tiada dosa dan pahala, tiada syurga dan neraka, tiada hari kebangkitan sesudah mati, tiada hari kiamat dan segala yang berlaku pada hari tersebut.
    • Beri’tiqad bahawa roh orang-orang mati akan berpindah-pindah dari satu jasad ke satu jasad yang lain.
    • Beri’tiqad bahawa agama kafir lebih baik dari agama Islam.
    • Perasaan ragu-ragu terhadap salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di atas.
    • Hati yang berbolak-balik antara hendak menjadi kafir atau tidak atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa akan datang.

    (2) Perkataan :

    • Tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ejek, dan mempermain-mainkan nama Allah, sifatNya, malaikatNya, rasulNya, kitabNya, hukumNya serta hukum yang dijelaskan oleh rasulNya.
    • Perkataan yang menolak, menafi, dan mengingkari sesuatu perkara atau hukum yang disepakati oleh alim ulama’ dan perkara tersebut diketahui umum dari segi syara’.

    Misalnya, cemuhan dan ejekan terhadap hukum Islam seperti :
    a) Hukum apa ni?
    b) Hukum ni sudah lapuk dan ketinggalan zaman !!.
    c) Hukum yang menyekat kebebasan .

    (3) Perbuatan :

    • Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan bertujuan menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah. Seperti sujud kepada makhluk walaupun tidak dengan niat menghormatinya atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai ke tahap sekurang-kurangnya rukuk dalam sembahyang dengan tujuan menghormatinya sebagaimana mengesakan Allah. Jika sebaliknya, tidaklah tergolong di kalangan orang murtad bahkan haram perbuatan tersebut.
    • Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir berdasarkan upacara yang mereka lakukan.
    • Melaksanakan cara ibadat yang berlainan dan terpesong dari ajaran sebenar.
    • Meletakkan ayat suci Al-quran, hadis Nabi, nama-nama Tuhan, rasul-rasulNya,dan malaikat-malaikatNya di tempat najis dan kotor dengan niat menghina dan merendah-rendahkannya.Termasuk juga buku-buku agama yang berkaitan dengan perkara tersebut.
    • Meninggalkan sembahyang dengan sengaja.
    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 12:45 PM   0 comments
    MAHASISWA DAN CABARAN
    Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca budiman sekalian, semoga sikap suka membaca terus subur dalam diri kalian di waktu masyarakat kita yang sedang mengalami krisis kurangnya budaya membaca. Justeru kita di sini, berusahalah menghidupkan kembali budaya membaca kalangan kita lebih-lebih lagi kita yang bergelar pelajar. Menyentuh tentang mahasiswa dan cabaran, suatu tajuk yang bersesuaian dengan kita selaku mahasiswa yang turut merasai gelombang cabaran semasa dunia Islam hari ini seterusnya membangkitkan kesedaran kita terhadap perubahan globalisasi yang semakin pesat berlaku. Dalam konteks kita sebagai pelajar agamawan semestinya tidak terlepas dari cabaran dan rintangan yang datang baik kecil mahupun besar. Semakin tinggi kita belajar, maka semakin dalam cabaran itu. Berada pada era kebangkitan Islam pada abad ke-21 ini, dalam kita menghadapi senario dunia, sedar tidak sedar umat Islam kini sedang menghadapi pelbagai cabaran yang menggunakan beraneka senjata untuk menghalang Islam dari mencapai kedudukan dalam membuat keputusan di peringkat antarabangsa dan menerajui kepimpinan manusia sejagat. Secara umumnya cabaran-cabaran ibarat asam garam kehidupan yang memandu kita dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah. Cabaran juga merupakan rintangan dan onak ranjau yang mesti ditempuhi oleh semua manusia.

    Dr.Fathi Yakan dalam satu penulisannya menyatakan bahawa di antara cabaran yang dihadapi umat Islam adalah cabaran dalaman. Cabaran ini dihadapi melalui permainan pertentangan dan mewujudkan pertentangan yang membuat klasifikasi tentang tenaga dan sektor-sektor Islam, antara “helang dan merpati”,antara ekstrimis dengan sederhana dan antara pihak radikal dengan liberal. Begitu juga melalui cetusan sentimen mazhab, semangat perkauman, kebangsaan, kumpulan dan keluarga. Di antara buktinya ialah apa yang berlaku di Afghanistan, Kurdistan, Bahrain dan selatan Sudan serta lain-lainnya. Demikian juga dengan persoalan sempadan kebangsaan dan kedaulatan yang merupakan bom jangka waktu yang bisa meledakkan seluruh dunia Islam. Hal ini pernah disuarakan oleh tokoh agama Yahudi, M.Samuel dalam tulisannya yang berjudul “ kamu bukan orang Yahudi”. Di antara lain katanya, “ kami orang-orang Yahudi adalah peruntuh, kami akan tetap menjadi peruntuh selama-lamanya. Biar apa yang kami lakukan ia tidak cukup untuk memenuhi keperluan dan tuntutan kami. Kami akan menjadi peruntuh kerana kami mahu dunia ini untuk kami”. Demikianlah usaha untuk melumpuhkan kuasa gerakan Islam dicanang terus menerus oleh golongan kuffar khususnya Yahudi. Apa yang dikehendaki oleh kuasa besar ialah Islam tanpa kekuatan, tanpa maruah, tanpa kemuliaan dan harga diri, begitulah kemelut pengakhiran dunia fana ini.

    Dalam mengharungi arus ganas globalisasi, umat Islam harus mampu memiliki kekuatan yang semaksimun mungkin sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    “ Dan persiapkanlah diri kamu dengan segala bentuk kekuatan bagi menghadapi mereka”
    .(Al-Anfaal :60 ).

    Prof Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam buku Fiqh Aulawiyyat menegaskan betapa pentingnya para pendakwah menguasai ilmu dalam semua lapangan. Dunia Islam hari ini memperlihatkan kerugian yang cukup besar apabila umat Islam sudah idak lagi menguasai ilmu dalam segenap lapangan, ia menjadi faktor penyebab kemunduran umat Islam kini. Barat menguasai keilmuan yang sebenarnya telah lama dipelopori oleh para ilmuan Islam lampau yang kemudiannya disaring oleh dunia barat dengan menyisihkan nilai-nilai murni akhlak Islam yang telah berakar umbi di dalam ilmu tersebut. Ini jelas terbukti apabila kemajuan ilmu sains dan teknologi dunia barat memberikan kesan sampingan yang buruk terhadap ketamadunan manusia hari ini. Ibnu Kaldun pernah melontarkan pandangannya bahawa turun naiknya sesuatu negara mahupun tamadun adalah banyak bergantung kepada sejauh mana umatnya memegang nilai-nilai akhlak. Situasi dan cabaran ini menuntut kita untuk memiliki kualiti memperdalamkan khazanah tradisi ilmu dengan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai garis panduan sekaligus mampu memanfaatkan dan memperluaskan pencapaian-pencapaian yang telah dibuat oleh tamadun barat dengan saringan-saringan tertentu. Kemampuan menyelidik, mengadaptasi, menganalisis, mencipta dan merencana harus dimiliki oleh kita semua.

    Kita mengaku bahawa sesungguhnya kemampuan menyahut cabaran globalisasi tidak mungkin terhasil tanpa ilmu pengetahuan yang berpaksikan nilai-nilai akhlak Islam sebagai sumber kekuatan yang dapat menghadapi tuntutan zaman. Dunia barat kini mendominasi dunia dalam pelbagai aspek kehidupan. Bidang ekonomi, politik, sains, teknologi dan media massa jelas dikuasai mereka. Kelebihan yang mereka miliki ini digunakan dengan sewenang-wenangnya supaya dunia melutut dan menyembah mereka.
    Dunia menyaksikan pelbagai penindasan yang dilakukan oleh dunia barat khususnya AS dan sekutunya Yahudi terhadap dunia Islam. AS dan sekutunya bertindak sebagai polis dunia yang bebas melakukan apa sahaja yang mereka fikirkan benar. Di bumi Palestin umat Islam menderita akibat kekejaman Israel. Di Iraq pula umat Islam terpaksa menjalani keperitan hidup kesan perang teluk dan sekatan ekonomi, sementara itu umat Islam di Afghanistan kini menjadi mangsa kezaliman AS dengan alasan perang menentang keganasan. AS dan sekutunya menyedari bahawa adalah satu-satunya cabaran mereka untuk mendominasi dunia. Oleh itu pelbagai egenda direncana untuk melenyapkan dan menghapuskan gerakan-gerakan Islam. Sudah menjadi suatu kebiasaan di mana-mana negara hari ini dihebohkan dengan pelbagai isu negatif terhadap dunia Islam. Di negara barat istilah Islam pengganas, Islam militan, Islam pemisah. Fundamentalis, telah disenonimkan dengan perjuangan umat Islam. Pelbagai cerita digubah dan direka bagi memburuk-burukkan imej Islam di mata dunia. Yang lebih menyedihkan kalangan umat Islam sendiri kini sudah menularnya sindrom Islamfobia iaitu umat Islam sendiri takut terhadap Islam. Justeru itu, satu perubahan perlu dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam. Jadilah kita sebagai manusia yang tidak mementingkan diri sendiri kerana musuh kita, walaupun kita melihat mereka berpecah tetapi untuk menjatuhkan umat Islam mereka akan bersatu padu dan tidak sekali-kali berputus asa. Jika mereka dapat melakukan sedemikian, bagaimana pula dengan kita…? Jawapannya ada pada diri kita semua. Dalam meneruskan jalan jihad ini, kita tidak boleh lemah semangat, mudah berputus asa atau beralah apabila menghadapi cabaran yang cukup getir. Walau sehebat dan segetir mana sekalipun cabaran yang bakal dihadapi sekiranya kita setia pada prinsip perjuangan untuk memartabatkan Islam selagi itulah Allah akan memberikan pertolongan dan bantuan. Kekuatan Islam bukan berasaskan kepada kekuatan berupa kekayaan, tetapi kekuatan Islam bersendikan kepada kekuatan aqidah.

    Kesimpulannya, tugas kita ialah untuk menjalankan amanah bagi meneruskan kelangsungan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Tugas tersebut memerlukan tahap kesungguhan kepimpinan yang dinamik, menagih ketulusan pengorbanan dan keaslian perjuangan, bahkan qudwah dalam bentuk penyata Islam secara praktikal dan bukannya semata-mata dalam konsep teoritikal yang sempit, memerlukan tenaga-tenaga dan penggerak-penggerak yang cukup matang kesedarannya dan terlatih dalam menjalankan tugas dan peranan mereka samada mahasisiwa mahupun mahasiswi. Juga memerlukan kader-kader yang dilengkapkan dengan sahsiah Islam yang tinggi yang menilai akhirat lebih utama dan tinggi berbanding duniawi yang sementara ini.

    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    “Tuhan telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang sudi berbuat baik, sesungguhnya mereka akan diberi warisan kekuasaan di bumi, sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, akan dikukuh teguhkan kedudukan agama mereka yang telah disukai oleh tuhan untuk mereka. Pun akan ditukar Tuhan sesudah mereka merasa takut, menjadi aman sentosa. Ialah kerana mereka menyembah AKU dan tidak mempersekutukan DAKU dengan yang lain. Tetapi barangsiapa yang ingkar sesudah itu, merekalah orang-orang yang jahat ”.(An-Nur : 55)
    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 12:40 PM   0 comments
    UCAPAN YANG DI PERTUA SEMPENA SEHARI BERSAMA KKDS
    Friday, March 6, 2009
    Assalamualaikum.W.B.T
    Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang meliputi kuasanya langit dan bumi. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarganya serta para sahabat.Pertamanya syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T di atas nikmat yang telah di kurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan islam di mana kedua-dua nikmat ini adalah nikmat yang terbesar yang tiada tolok bandingnya. Kedua-dua nikmat inilah yang mendorong dan membawa kita kepada jalan yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T. Amat malang bagi sesiapa yang tidak menggunakan peluang kenikmatan ini sedangkan ia telah dikurniakan dan lebih malang lagi bagi sesiapa yang menentangnya.
    Islam dikurniakan kepada semua tidak mengira bangsa, geografi dan warna kulit. Islam itu sendiri sudah lengkap dengan pelbagai aspek dari sudut ibadah, kekeluargaan, pergaulan dan kemasyarakatan di mana setiap aspek tersebut adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Tetapi kita melihat penentangan terhadap Islam tetap diteruskan bermula dari dakwah Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah sekarang.
    Di sini kita melihat perlunya ada golongan yang harus mempertahankan Islam itu sendiri. Mempertahankannya dari serangan musuh dari luar dan memperbaiki kelemahan kelemahan yang berada di dalam. Tugas pertahanan ini pertamanya harus diletak di atas bahu para ulamak, satu golongan yang diceritakan oleh Rasullullah sebagai pewaris nabi. Mewarisi segala apa yang dibawa oleh Rasullulah dengan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mereka inilah yang bertanggung jawab menggerakkan seluruh masyarakat Islam di dalam mempertahankan kedaulatan Islam yang hakiki dengan menyatu padukan masyarakat Islam di bawah naungan al-Quran dan as-Sunnah.
    Keluarga Anak Kedah Syria (KKDS) sebagai sebuah organisasi yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah sebagai sandaran di dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi manusia yang bergelar ulamak, mengajak seluruh ahli dan masyarakat Islam supaya mengenang nasib yang menimpa agama Islam sekarang. Agama Islam sekarang yang dilihat semakin lemah. Umatnya ditindas dan dihina sepanjang waktu. Sedarlah sekiranya kita melihat dari dalam kita akan dapati bahawa punca kelemahan tersebut adalah berpunca dari kita sendiri. Perpecahan umat yang berleluasa hanya disebabkan perkara-perkara kecil. Tamak kepada harta kekayaan dunia sehingga agama sanggup digadai. Inilah titik-titik di mana musuh-musuh Islam dapat menyerang Islam dari dalam tanpa perlu berperang dari luar.
    KKDS mengajak semua ahli yang bergelar penuntut ilmu agama, yang bakal menjadi ulamak supaya meletakkan hati masing-masing untuk Islam. Mulakan perjuangan di sini dengan menjadikan seluruh umat Islam itu adalah saudara. Tidak mengira apa saja bahasa yang diucapkan, apa jenis warna kulitnya seseorang itu, selagi ia Islam, jalinkanlah persaudaraan. Inilah tuntutan Islam. Inilah satu kuasa yang akan membangkitkan Islam semula. Bermula dari sebuah organisasi yang kecil seterusnya ke masyarakat yang lebih besar dan lebih besar lagi. Jadikan Rasullullah sebagai qudwah di dalam menyatukan Muhajirin dan Ansar di mana sebelum itu masyarakat arab berada di dalam perpecahan yang teruk yang begitu ta'asub dengan kabilah mereka. Penyatuan ini hanya berjaya dengan di bawah naungan Islam. Di bawah naungan Islamlah sebuah masyarakat yang ketinggalan dari arus kemodenan, dapat menjadi kuasa besar dunia dengan kejatuhan Rom dan Parsi. Tetapi sekarang masyarakat Islam menjadi lemah, dipermain dan diperlekehkan oleh kaum lain.
    Masihkah kita ingat bagaimana kerajaan Khilafah Uthmaniah ditumbangkan. Salah satu cara yang digunakan oleh puak Britain dan Yahudi pada masa itu adalah dengan meniupkankan api asabiayah dikalangan pemimpin arab sehingga menyebabkan berlakunya penentangan puak arab yang diketuai oleh bani Saud ke atas Uthmaniah yang bertempat di Turki. Akhirnya mereka dikurniakan oleh Britain penyempadanan negara-negara arab dan lahirlah negara arab seperti Saudi Arabia dan lain-lain. Ingatlah musuh-musuh Islam sudah sekian lamanya mencari kelemahan Islam untuk mengalahkan Islam. Kelemahan sudah pun mereka dapat, kemenangan sudah pun mereka kecapi yang tinggal hanyalah umat Islam yang lupa diri dibawa oleh keseronokan dan kemewahan dunia. Inilah rancangan musuh Islam sejak berzaman. Tetapi kita masih leka walaupun kita menyedari hakihat sebenar.
    Dunia sedang menantikan rijalul ahya' yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam di atas landasan sebenar. Dengan membawa tuntutan dari Allah dan Rasulnya. Menegakkan yang hak menghapuskan yang batil. Inilah peranan besar yang perlu digalas oleh para ulamak dan pendakwah sekarang. Sebagai seorang yang menuntut ilmu agama, yang bakal bergelar ulamak, jadikan diri kita sebagai pengislah atau reformis di dalam Islam. Jangan jadikan diri kita sebagai racun yang menambahkan parah pada luka lama.
    Satukan hati kita untuk Islam nescaya tidak mustahil kegemilangan Islam dapat dikembalikan. Jadikan segala cubaan dan cabaran di dalam perjuangan hanya ujian dari Allah kepada hambanya. Allah S.W.T berfirman :(maksudnya)
    Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Agama Allah).
    Perjuangan memerlukan kesabaran. Dengan kesabaran kemenangan dapat dikecapi. Dengan kemenangan Islam akan subur semula dan keadilan dapat ditegakkan. Inilah tuntutan Islam. Marilah kita sama-sama menggerakkan hati kita di dalam kesatuan Islam. Menjadikan Islam sebagai yang tertinggi yang membawa seluruh alam kepada kebenaran.
    ا
    تّقوا الله ويعلِّمكم الله
    Mohamad Zahir Bin Abdul Halim
    Yang Di Pertua
    Keluarga Anak Kedah Syria
    Sesi 2009
    posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 9:47 AM   1 comments
    PENGENALAN

    Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
    Lokasi: Damascus, Syria
    Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
    See my complete profile
    Terbitan
    Arkib
    BERITA
    Powered by

    -::NOURAN CREATIVE::-


    Daftar Pelawat
    Hit Counter
    Hit Counter
    Keluarga Anak Kedah Syria 2009 Selamat Datang Template by -::Nouran Creative::-